Mahkamah Sesyen Kuantan membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan syarat tertuduh serah pasport kepada mahkamah dan perlu lapor diri di pejabat SPRM setiap bulan. (Gambar Facebook)KUANTAN: Bekas ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM2,000 pada Mei 2025.

Wan Muhammad Faiz Wan Asri, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Sazlina Safie.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menerima wang tunai itu tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di pekarangan Dewan Serbaguna Puncak Arabella, Cameron Highlands, pada 9.45 malam 28 Mei 2025.