Kuala Lumpur : Klinik perubatan estetik, Idealyst komited menerokai teknologi dan rawatan terkini bagi memastikan perkhidmatan terbaik, selain menjamin kadar bayaran mampu milik untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Menurut Pengasas Bersama Idealyst, Dr Aidil Azry Mokhtar, pengiktirafan dan pencapaian jenama Bumiputera itu sepanjang 12 tahun beroperasi adalah hasil sokongan berterusan pelanggan setia serta komitmen tinggi tenaga kerjanya.
Beliau berkata, penambahbaikan pada penampilan diri bukan sekadar aspek kecantikan semata-mata, malah berupaya meningkatkan keyakinan individu dalam kerjaya dan kehidupan seharian.
"Penambahbaikan penampilan tidak kira sekecil mana pun berpotensi meningkatkan keyakinan diri.









