YANGON: Utusan khas ASEAN ke Myanmar, Setiausaha Luar Filipina, Theresa Lazaro menamatkan lawatan dua harinya ke negara itu semalam (Khamis) tanpa menemui Aung San Suu Kyi.

Tiada sebarang tanda beliau mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin demokratik dan pemenang Hadiah Nobel yang kini ditahan itu.

Filipina, yang kini memegang jawatan kepengerusian ASEAN, berulang kali menggesa supaya diberikan akses untuk menemui Suu Kyi sepanjang tahun ini.

Suu Kyi ditahan sejak digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera pada 2021.