Kuala Lumpur: Usahawan Datuk Seri Vida, 55, berkongsi 'hadiah terakhir' diterima daripada bekas suami, Allahyarham Mohammad Amin Yasin, 48, apabila sempat mengirimkan ucapan doa selamat hari jadi yang disambut semalam sebelum pergi buat selama-lamanya.

Vida atau nama sebenar, Hasmiza Othman berkata, ucapan doa hari jadi menerusi mesej dikirim itu adalah pertama kali diterimanya sejak mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Menurutnya, dia juga terkejut apabila terima berita kematian arwah bekas suami yang disampaikan ahli keluarga dan amat sedih dengan kehilangan dalam sekelip mata itu.

"Terkilan juga tidak dapat mengiringi pengebumian jenazah kerana saya bersama Cik B dan Kacak kini berada di Jakarta kerana kami bercuti untuk meraikan hari jadi. Namun, sebaliknya pula berlaku, dan macam mana pun dia tetap bapa anak-anak saya.