MELAKA: Seramai 687,697 pemilih berdaftar di seluruh Melaka bakal menentukan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Angka itu berdasarkan statistik asas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dalam kenyataan hari ini.
Daripada jumlah berkenaan, seramai 338,848 atau 49.27 peratus adalah pemilih lelaki manakala 348,849 (50.73 peratus) membabitkan pemilih wanita.
Data berkenaan turut menunjukkan golongan berusia 30 hingga 39 tahun membentuk kumpulan pengundi terbesar iaitu 148,222 orang atau 21.99 peratus, diikuti kumpulan berusia 60 tahun ke atas seramai 143,607 orang (20.81 peratus).










