Melaka: Sejumlah 45 bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sudah menjelaskan bayaran deposit setakat malam tadi, daripada 189 borang penamaan calon yang dibeli menjelang hari penamaan calon esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, semua bakal calon diingatkan supaya hadir lebih awal ke pusat penamaan calon bagi membolehkan dokumen masing-masing disemak sebelum proses penyerahan borang bermula.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang kekurangan atau kesilapan dokumen yang boleh menyebabkan hasrat seseorang untuk bertanding tidak kesampaian.

"Saya menyeru semua bakal calon supaya hadir awal bagi memberi ruang kepada pihak kami membuat semakan secara lebih terperinci.