Melbourne: Seorang wanita yang disabitkan kesalahan membunuh tiga ahli keluarga menerusi hidangan mengandungi cendawan beracun gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan itu, malah berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang parol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Erin Patterson sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun lalu dengan tempoh minimum 33 tahun sebelum layak mendapat parol, selepas disabitkan atas tiga pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh berkaitan hidangan Beef Wellington yang disediakannya pada Julai 2023.

Pasukan peguamnya mengemukakan tujuh alasan rayuan, termasuk dakwaan bahawa dia tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung pada Jumaat menolak rayuan Patterson, sebaliknya membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman lebih berat.