PETALING JAYA: Malaysia wajar mula mempertimbangkan pemansuhan hukuman mati bagi kesalahan selain bunuh, susulan pembaharuan undang-undang yang dilaksanakan sejak 2023.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, langkah itu berpotensi mendapat sokongan dwipartisan di Parlimen, mengambil kira perkembangan selepas pemansuhan hukuman mati mandatori tiga tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, semua permohonan semakan hukuman mati bagi kes pengedaran dadah diluluskan dengan hukuman berkenaan diringankan kepada hukuman penjara.

"Saya berpendapat kita mempunyai sokongan dwipartisan bagi pemansuhan hukuman mati untuk kesalahan selain bunuh.