Kota Bharu: Lelaki etnik Rohingya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada 18 September lalu.
Tertuduh, Abdul Shukor, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Vinoshen.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Mohammed Tuasin, 18, di sebuah bangsal kayu berhadapan Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh, di sini.








