KOTA BHARU - Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakan senegara pada September lalu.Tertuduh, Abdul Shukor, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret R Vinoshen.Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohammed Tuasin, 18, di bangsal kayu berhadapan Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh di sini lebih kurang jam 4.20 petang hingga 9.38 malam pada 18 September lepas.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan beberapa laporan daripada pakar bedah siasat.Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya berusia 18 tahun ditemui mati dengan kesan luka hiris dan tetak pada leher di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di Taman Desa Kujid, Kampung Pak Boh di sini.Pusat Kawalan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat mengenai penemuan mangsa kira-kira jam 12.12 tengah malam.Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di kawasan berkenaan.
Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan senegara

Key points
- KOTA BHARU - Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakan senegara pada September lalu.
- Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohammed Tuasin, 18, di bangsal kayu berhadapan Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kujid, Kampung Pok Boh di sini lebih kurang jam 4.20 petang hingga 9.38 malam pada 18 September lepas.
- Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang lelaki etnik Rohingya berusia 18 tahun ditemui mati dengan kesan luka hiris dan tetak pada leher di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di Taman Desa Kujid, Kampung Pak Boh di sini.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki Myanmar ditahan tikam rakan senegara
- Utusan Malaysia Mekanik Bangladesh didakwa bantu seludup rakan senegara
- Sinar Harian Lelaki Rohingya didakwa bunuh rakan senegara (this story)
- Utusan Malaysia Buruh etnik Rohingya didakwa bunuh rakan









