GEORGETOWN: Semua pengusaha ladang babi di Kampung Selamat dekat Tasek Gelugor, sudah mula menghantar sisa ternakan masing-masing ke loji biogas Ampang Jajar untuk diproses sejak 4 Mei tahun ini.
EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, H'Ng Mooi Lye memaklumkan langkah itu bagi membendung isu pelepasan sisa ternakan ke kawasan persekitaran khususnya ke sistem perparitan yang mengalir ke Sungai Kereh.
Katanya, langkah itu juga dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah bau di kawasan berkenaan.
"Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) turut menuang larutan Useful Microbes Activated Solution (UMAS) ke saliran awam di Kampung Selamat secara mingguan sebagai langkah mitigasi mengawal pencemaran dan mengurangkan masalah bau.








