Bukit Mertajam: Tiga kanak-kanak warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita berusia 71 tahun, minggu lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berusia 12 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan buat kali kedua di hadapan Majistret Roshayati Radellah.

Mereka didakwa secara bersama mengugut untuk mencederakan wanita warga emas itu menggunakan beberapa objek, termasuk mop, batang besi, lampu kalimantang putih dan batu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di alamat 23, Tingkat Binjai Empat Belas, Taman Sri Rambai, kira-kira jam 6 petang, 22 Oktober lalu.