KULAI: Sehingga RM2.5 juta peruntukan dana kecemerlangan akan disalur bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan segera susulan insiden kegagalan tebing di kawasan Perumahan Teratai, Indahpura, di sini, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, peruntukan itu akan dikemukakan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai untuk pertimbangan di bawah Tabung Bencana Negeri Johor.
“Penilaian risiko perlu dibuat segera bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat serta pengguna jalan raya kekal terpelihara.
“Keutamaan kami adalah keselamatan rakyat. Difahamkan kejadian tebing runtuh ini berlaku pada pukul 4.30 petang semalam,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian, di sini hari ini.









