PETALING JAYA – Semata-mata mahu mendengar suara cicit, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sanggup berkunjung berulang kali ke rumah anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, meskipun bayi itu sedang nyenyak tidur.

Mukhriz yang juga bekas Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkongsi momen indah itu ketika menceritakan pengalaman arwah ibunya bersama cucu sulungnya, Eden Zakaria Ezran Cheah yang dilahirkan pada 16 Ogos lalu.

Menurutnya, bayi berkenaan merupakan cicit keempat buat kedua-dua ibu bapanya.

Bercerita lanjut beliau berkata, dalam tempoh sebulan selepas kelahiran bayi itu, ibunya kerap datang ke rumah untuk menatap dan memegang cicitnya, malah beberapa kali muncul tanpa memaklumkan terlebih dahulu.