Kuala Lumpur: Harvey Norman meraikan ulang tahun kedua cawangan utamanya di Mid Valley Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai promosi, ganjaran dan pengalaman jenama menerusi kempen selama dua bulan bermula 29 Oktober hingga 24 Disember 2026.
Harvey Norman menerusi kenyataan berkata, kempen itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM173,800, termasuk sebuah kenderaan elektrik (EV) BYD SEALION 7 menerusi kerjasama dengan BYD Sime Motors.
Katanya, selain itu 10 kad hadiah Harvey Norman bernilai RM1,000 setiap satu turut ditawarkan kepada pelanggan menerusi kempen beli dan menang berkenaan.
"Pelanggan yang mengunjungi Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store sepanjang tempoh kempen layak menyertainya tanpa sebarang syarat perbelanjaan minimum.








