Christy Ng dan syarikatnya fail saman fitnah susulan kenyataan yang dimuat naik oleh J Vikneshvra Rau di media sosial pada November tahun lepas berhubung amalan perniagaan Ng. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang pengguna media sosial menyiarkan permohonan maaf kepada usahawan fesyen, Christy Ng, dan syarikatnya dalam dua akhbar dalam tempoh empat hari susulan kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik dalam talian.
Hakim Arziah Apandi mengeluarkan perintah itu semasa prosiding komital hari ini selepas mendengar hujahan daripada peguam Ng, Foong Cheng Leong, serta penjelasan daripada defendan, J Vikneshvra Rau.
Foong berhujah, Vikneshvra Rau, 36, gagal mematuhi perintah mahkamah bertarikh 13 Feb lepas, yang menghendakinya menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat satu halaman penuh dalam dua akhbar.





