CAMERON HIGHLANDS: Sebuah pacuan empat roda disita ketika membawa pelancong ke kawasan tarikan hutan hujan popular di sini selepas cukai jalannya dikesan tamat tempoh sejak 18 tahun lalu.

Jurucakap JPJ Pahang memaklumkan, pihaknya menahan kenderaan jenis Land Rover itu di Jalan Sungai Palas menghala Gunung Brinchang di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

"Kenderaan itu dipandu seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun yang membawa tiga penumpang.

"Pemeriksaan mendapati cukai jalan kenderaan itu tamat tempoh pada 1 April 2008, sekali gus tidak dilindungi insurans.