PETALING JAYA – CIMB Islamic Bank Berhad dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu telah memperkasa hampir 2,000 pelajar Tingkatan 5 daripada komuniti asnaf dan kurang berkemampuan dari 50 sekolah di Semenanjung, menerusi program Pusat Tuisyen Madani.
Program berkenaan membantu pelajar lebih bersedia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia, meningkatkan keyakinan pembelajaran dan akses terhadap sokongan akademik.
Bermula Mac dan berakhir pada Oktober 2026, ia memberi penekanan terhadap tiga subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.
Dengan sumbangan keseluruhan kira-kira RM700,000 daripada Zakat Wakalah dan dana inisiatif tanggungjawab korporat Islam CIMB Islamic, inisiatif ini menyediakan tuisyen dua kali sebulan selama lapan bulan, dikendalikan oleh 150 tenaga pengajar, serta dilengkapi bahan-bahan me








