Baitulmaqdis: Israel berdepan empat kemungkinan dalam usaha membentuk kerajaan baharu selepas tinjauan awal pilihan raya menunjukkan tiada blok memperoleh majoriti, sekali gus membuka ruang kepada rundingan gabungan yang dijangka sengit.
Pengundian pada Selasa menyaksikan peratusan keluar mengundi tertinggi dalam tempoh beberapa dekad, dengan tinjauan keluar memberikan kelebihan tipis kepada blok pembangkang pimpinan bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot, namun masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
Penganalisis pilihan raya mengunjurkan blok pembangkang memperoleh 52 atau 53 kerusi, manakala blok Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, dijangka meraih 50 kerusi.
Parti Arab Israel pula mencatat peningkatan ketara dengan tinjauan keluar mengunjurkan gabungan parti berkenaan memperoleh 17 atau 18 kerusi.








