KUALA LUMPUR: Pengendali Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak optimis pasukannya mempunyai peluang terbaik untuk bangkit apabila bakal melayan kunjungan Gangwon FC pada aksi di laman sendiri bagi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), 5 November ini.

Meskipun akur dengan kualiti yang dimiliki kelab Korea Selatan itu, Aidil percaya kekalahan tipis 0-1 pada aksi di Gangneung High1 Arena semalam menceritakan skrip berbeza apabila kedua-dua pasukan kembali bertembung di Stadium Taha Ariffin nanti.

Keakinan itu disokong oleh persembahan positif serta disiplin tinggi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan terutamanya reaksi mereka yang enggan menyerah kalah selepas dibolosi seawal babak permainan.