KUALA LUMPUR: Pendakwah selebriti dan pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, bakal mengambil tindakan undang-undang dengan lima tuntutan terhadap pemilik akaun Threads yang didakwa memfitnah dan berniat tidak baik.

Peguam yang mewakili Haris, Faizal Rahman, tindakan diambil susulan dakwaan berniat jahat yang melabelkan anak guamnya sebagai 'penunggang agama' serta menuduhnya mengajar tanpa tauliah sah.

"Surat tuntutan (LOD) sudah diserahkan kepada penama akaun terbabit petang semalam menerusi e-mel dan aplikasi WhatsApp.

"Kami memberikan tempoh 48 jam kepada individu berkenaan untuk memadamkan hantaran fitnah itu, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, berhenti memuat naik perkara berkaitan Haris di mana-mana platform, buat jaminan untuk tidak menyebut lagi dan bayar pampasan.