Batu Pahat: Pasangan kekasih antara tiga individu ditahan dalam operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 5.2 kilogram di daerah ini dan Muar, kelmarin.

Ketiga-tiga individu berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan menerusi operasi membanteras kegiatan disyaki pengedaran dan penyeludupan dadah pada 8.35 malam.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintendan Shohaiami Ismail berkata, operasi itu dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 6 PGA, Muar itu turut membawa kepada rampasan lima bungkusan plastik mengandungi dadah berkenaan.

"Selain itu, dua kenderaan turut dirampas iaitu Toyota Vios dan Honda Civic FD yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.