SEOUL: Pelakon veteran Korea Selatan Choi Bool-am, yang terkenal dengan figura seorang bapa dalam pelbagai drama televisyen sepanjang hampir tujuh dekad kerjayanya, meninggal dunia pada usia 87 tahun, menurut keluarganya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Choi, yang nama sebenarnya Choi Young-han, meninggal dunia kira-kira 10 malam Khamis ketika menerima rawatan di sebuah hospital di barat Seoul.

Beliau mula dikenali ramai menerusi watak detektif Park Young-han dalam drama jenayah popular MBC, "Chief Inspector", yang disiarkan dari 1971 hingga 1989.

Namanya terus mendapat tempat di hati penonton menerusi drama kekeluargaan "Country Diaries", yang disiarkan selama 22 tahun dari 1980 hingga 2002, sekali gus mengukuhkan imejnya sebagai figura bapa dalam industri hiburan Korea Selatan.