Koror, Palau: Pihak berkuasa Palau menyiasat dakwaan serangan di dalam air oleh seorang jurupandu selam (divemaster) warga Korea Selatan terhadap pemuzik Taiwan, Devon Song dan jurupandu selamnya yang berasal dari Bangladesh, lapor South China Morning Post.
Song, anggota kumpulan muzik Nan Quan Mama menerusi hantaran di media sosial mendakwa beliau dan jurupandu selamnya, Sobuj Patwary diserang seorang jurupandu selam Korea Selatan yang dikenali sebagai 'Romeo.'
Menurut Song, mereka sedang menyelam di Siaes Corner, lokasi menyelam popular di barat Koror apabila Romeo tiba-tiba menyerang mereka dari bawah pada kedalaman kira-kira 25 meter.
Romeo didakwa menumbuk topeng selam Song dan cuba menanggalkannya, namun Song berjaya mempertahankan diri.









