KUALA LUMPUR: Penulis blog, Papagomo dilepas dan dibebaskan sekali lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghasut dengan mengaitkan kerajaan yang sedang memerintah adalah pro-Israel dan negara barat, tiga tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali yang bersidang di Mahkamah Sesyen Klang memutuskan demikian selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Papagomo atau nama sebenar, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 43.

Mengikut pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut yang antara lain mengaitkan kerajaan kini pro kepada Israel dan negara barat di laman sosial Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ yang kemudiannya dilihat oleh seorang lagi individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, di sini pada pukul 1 petang,