ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan memperoleh pendapatan luar biasa berjumlah 3.8 bilion pound (RM20.6 bilion) menerusi jualan tiket dan pakej hospitaliti Piala Dunia tahun ini, lima kali ganda berbanding kejohanan di Qatar empat tahun lalu.
Piala Dunia yang berlangsung di Amerika Utara itu menyaksikan format baharu diperkenalkan dengan 104 perlawanan selepas FIFA menambah jumlah pasukan bertanding serta memperkenalkan satu lagi pusingan kalah mati.
Pertambahan 40 perlawanan berbanding edisi 2022 membolehkan badan induk bola sepak dunia itu menjana pendapatan pada tahap rekod menerusi jualan tiket dan pakej hospitaliti.
Menurut laporan The Times, angka RM20.6 bilion yang belum disahkan FIFA, jauh mengatasi jangkaan awal badan berkenaan dan menyumbang kepada keseluruhan pendapatan Piala Dunia sebanyak AS$15 bilion (RM60.71 bilion).








