ISTANBUL: Tanah runtuh akibat hujan lebat menyebabkan satu formasi batu berbentuk menara runtuh di wilayah Cappadocia, Turkiye, meragut tiga nyawa.
Tragedi itu berlaku semalam di lokasi yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO), menurut pihak berkuasa.
Wilayah Cappadocia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia terkenal dengan formasi batu berbentuk kon yang dikenali sebagai 'cerobong pari-pari' (fairy chimneys), hasil aktiviti gunung berapi purba.
"Berdasarkan penemuan awal, dua orang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian itu," kata Menteri Kehakiman, Akin Gurlek menerusi platform X.









