Bomba Selangor berkata lelaki berusia 49 tahun itu ketika kejadian sedang membuat kerja kimpalan di sebuah kilang barang lupus, di Kajang. (Gambar Magnific)PETALING JAYA: Seorang lelaki maut akibat parah susulan letupan tangki helium di sebuah kilang barang lupus di Sungai Chua, Kajang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.53 pagi.
Beliau berkata, letupan menyebabkan mangsa berusia 49 tahun itu parah pada pinggang ke bawah.
“Kejadian berlaku semasa mangsa sedang membuat kerja kimpalan di kilang itu,” katanya menurut Bernama.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAimanNurSuriasadeasd_554751.png&w=480&output=webp&q=85&we)
