Istanbul: Tiga individu termasuk seorang warga asing maut selepas formasi batu berbentuk menara runtuh semalam di wilayah Cappadocia, Turkiye yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kejadian dipercayai berlaku selepas tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat, menurut pihak berkuasa.
Cappadocia terkenal dengan formasi batuan berbentuk kon yang dikenali sebagai 'fairy chimneys' terbentuk hasil aktiviti gunung berapi purba dan menjadi tarikan jutaan pelancong dari seluruh dunia.
Menteri Kehakiman Turkiye, Akin Gurlek menerusi hantaran di X memaklumkan dapatan awal mengesahkan dua individu maut, manakala lima lagi cedera dalam kejadian itu.









