ZAGREB – Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti dari Croatia, Mate Rimac berikrar semalam untuk tidak lagi meninggalkan kunci di dalam kereta selepas kenderaan Buggati Chiron berharga jutaan dolar miliknya dicuri dan ditemui semula di Austria.

Kereta Mate Rimac berharga AS$2.7 juta (RM11 juta) itu dicuri kelmarin dekat Zagreb.

“Saya dapat semula kereta saya. Saya sangat bangga Croatia begitu selamat sehinggakan saya sangat santai dan sentiasa meninggalkan kunci di dalam kereta.

“Sekarang, saya tidak akan melakukannya lagi,” kata lelaki berusia 38 tahun itu.