Semalam, media melaporkan Dr Wong Kar Lin, 73, terkorban selepas tertimbus tanah runtuh yang menjejaskan rumahnya, manakala isterinya Chang Mei Nuo, 68, dan ibu mentuanya Wong Poh Lim, 80-an berjaya menyelamatkan diri. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Seorang warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini semalam disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dihempap objek tumpul dan sesak nafas selepas tertimbus tanah.

Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata bedah siasat terhadap mangsa Dr Wong Kar Lin, 73, dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang malam tadi dan selesai pada 3 pagi sebelum mayat dituntut ahli keluarganya.

Beliau berkata laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua faktor itu menjadi punca kematian mangsa.