KUALA LUMPUR: Penangguhan pembayaran balik, kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berdasarkan Belanjawan2027 yang diumumkantempoh hari memberikan kelegaan kepada peminjam terutama yang baru bekerja.
Juruteknik, FitriHaikal Rustam, 24, berkata penangguhan itu memberi peluang kepadanya yang baru mula bekerja beberapa bulan lalu meningkatkan simpanan untuk kegunaan masa depan dalam tempoh pendek.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) beliau berkata, peluang itu dapat digunakan untuk mencari pekerjaan menawarkan gaji lebih baik, sekali gus mula membayar pinjaman PTPTN.
"Penangguhan ini dapat memberi ruang kepada peminjam seperti saya," katanya .










