KUALA LUMPUR: Kaedah mengisytihar calon peroleh undi terbanyak sebagai pemenang atau 'first-past-the-post' dianggap masih relevan dan sesuai dalam pilihan raya negara ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia juga selari amalan beberapa negara demokrasi seperti India dan United Kingdom yang mengekalkan sistem sama.
Beliau berkata, sistem itu mudah difahami, lebih fokus dengan pengundi dan wakil rakyat mempunyai hubungan rapat.
Katanya, dapatan itu diterima menerusi kajian sistem alternatif bagi mengadakan pilihan raya dilaksanakan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, pada Disember 2011 dan April 2012.










