KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah tidak banyak berubah dengan sebanyak 119 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri berkenaan setakat pagi ini.
Di NEGERI SEMBILAN, dua PPS dibuka di Kuala Pilah sejak awal pagi tadi membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Orang Ramai Dangi yang menempatkan 71 orang daripada 30 keluarga setakat 8.30 pagi.
Berdasarkan data InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 24 lelaki, 32 wanita termasuk warga emas dan 15 kanak-kanak.
Di PERAK, hujan berterusan di daerah Kerian semalam menyebabkan 23 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS SK Titi Serong yang dibuka lewat petang semalam.










