RIYADH: Kumpulan Houthi yang disokong Iran melaporkan serangan maut menyasarkan kawasan kediaman di barat Yaman yang didakwa dilakukan musuh mereka, Arab Saudi.

Pada masa sama, beberapa letupan menggegarkan Riyadh tidak lama kemudian ketika keganasan semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu.

Kumpulan Houthi dan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi serta diiktiraf masyarakat antarabangsa, saling berbalas serangan setiap hari sejak gencatan senjata yang berlangsung selama beberapa tahun dicabuli pada musim panas lalu.

Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi berkata pihaknya berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan itu ke arah Riyadh, yang turut didengari wartawan AFP di ibu negara berkenaan.