ANKARA – Tiga orang termasuk seorang warga asing terkorban semalam apabila sebuah menara batu runtuh di wilayah Cappadocia, kata pihak berkuasa.

Wilayah di Turkiye itu menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ia menempatkan batu berbentuk kon dikenali sebagai ‘serombong peri’, terhasil daripada aktiviti gunung berapi purba.

“Berdasarkan penemuan awal, dua orang terkorban dan lima lagi cedera dalam insiden ini,”, kata Menteri Kehakiman Akin Gurlek di platform X.

Pasukan penyelamat kemudian mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan, menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang.