Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari mengadakan perbincangan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang di pejabatnya Selasa lepas bagi merangka persiapan menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).

Dr Mohammed Taufiq berkata mereka berdua turut menyentuh pelbagai aspek perancangan yang dikemukakan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), termasuk kesinambungan latihan di Melbourne serta penyertaan dalam kejohanan termasuk peringkat Asia dan Siri Piala Dunia UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) untuk memaksimumkan kutipan mata kelayakan dalam acara sprint dan keirin di Sukan Olimpik.

"Kami juga membincangkan sokongan sains sukan dan perubatan, kejurulatihan, serta penyelidikan dan pembangunan peralatan supaya keperluan atlet sentiasa mematuhi peraturan UCI bagi kitaran LA28.