MEXICO CITY – Pemandu Mercedes, Andrea Kimi Antonelli berpeluang melakar sejarah sebagai juara dunia termuda Formula Satu (F1) apabila turun beraksi pada Grand Prix (GP) Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, hujung minggu ini.
Pelumba berusia 20 tahun itu bukan sahaja berpeluang mencipta rekod baharu, malah mampu menamatkan penantian Itali untuk memiliki juara dunia F1 sejak Alberto Ascari melakukannya pada 1953.
Antonelli kini selesa menerajui carta teratas kejuaraan dengan kelebihan 123 mata selepas memenangi sembilan daripada 18 perlumbaan musim ini, sekali gus meletakkan dirinya selangkah untuk bergelar juara dunia.
Lebih menarik, Antonelli hanya perlu menamatkan perlumbaan Ahad ini dalam kelompok sembilan terbaik untuk mengesahkan kejuaraan, manakala peluangnya turut terbuka sekiranya rakan sepasukan, George Russell atau pemandu Ferrari, Lewis Hamilton gagal memenangi perlumbaan.










