Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu mula membina pasukan tanpa terlalu bergantung kepada pemain veteran sebagai persediaan menghadapi kejohanan antarabangsa akan datang.
Peringatan itu dilontarkan tonggak tengah berpengalaman, Paulo Josue yang menyifatkan kariernya di peringkat antarabangsa kini kian menghampiri penghujungnya.
Pemain berusia 37 tahun itu mengakui tidak menyangka namanya masih tersenarai dalam kem kebangsaan kali ini kerana beliau melihat keutamaan sepatutnya diberi kepada muka baharu.
Ini kerana tonggak KL City FC itu menjelaskan proses peralihan generasi perlu dilakukan secara berterusan memandangkan pemain senior lain seperti penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva juga mempunyai 'had masa.'









