MEXICO CITY: Kimi Antonelli berpeluang melakar sejarah dalam buku rekod Formula Satu (F1) sebagai juara dunia termuda dan pelumba Itali pertama menjuarai kejuaraan itu sejak 1953, kecuali berlaku sesuatu di luar jangkaan pada Grand Prix (GP) Mexico City hujung minggu ini.
Pendahulu kejuaraan dunia itu hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan atau lebih baik bersama Mercedes untuk mengesahkan gelaran pada usia 20 tahun 68 hari, sekali gus memecahkan rekod Sebastian Vettel dengan perbezaan lebih tiga tahun.
Lebih menakjubkan, Antonelli bakal menjadi juara dunia Itali pertama selepas Alberto Ascari yang menjuarai kejuaraan bersama Ferrari pada 1953, sekali gus menamatkan penantian selama 73 tahun bagi negara yang cukup sinonim dengan sukan F1 itu.








