PUTRAJAYA – Semua ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarah memastikan anggota, peralatan dan penyelarasan operasi berada pada tahap terbaik bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku dari November hingga Mac depan.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman berkata, arahan itu bagi memastikan semua agensi di bawah kementerian berkenaan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya ke








