PUTRAJAYA: Semua ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarah memastikan anggota, peralatan dan penyelarasan operasi berada pada tahap terbaik bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku dari November hingga Mac depan.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr Awang Alik Jeman berkata, arahan itu bagi memastikan semua agensi di bawah kementerian berkenaan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya ketika berdepan kemungkinan kejadian banjir dan bencana sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata, persiapan perlu dilakukan lebih awal dan bukannya menunggu sehingga keadaan banjir menjadi semakin buruk sebelum tindakan diambil.
“Setiap ketua jabatan perlu memastikan anggota masing-masing mendapat latihan mencukupi, selain semua peralatan operasi berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan apabila diperluk









