JOHOR BAHRU – Penduduk sekitar Pasir Gudang kecewa dan resah apabila Sungai Kim Kim sekali lagi didakwa tercemar selepas air sungai berkenaan bertukar warna putih dalam kejadian yang tular di media sosial semalam.
Kejadian itu mengundang kebimbangan penduduk yang masih trauma dengan tragedi pencemaran sisa toksik di sungai sama pada 2019 sehingga menyebabkan ribuan orang terjejas kesihatan.
Lebih membimbangkan, kejadian terbaharu itu turut dikaitkan dengan dakwaan pencemaran bau yang dikesan di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang sejak malam tadi.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan pencemaran itu selepas menerima aduan berhubung kejadian berkenaan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-47_880389.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)