KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 1,573,872 tempat duduk bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) untuk perjalanan dari Januari hingga Mac 2027, meningkat 39 peratus berbanding tempoh sama tahun ini.

Dalam kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan jualan tiket bagi kedua-dua perkhidmatan itu akan dibuka secara berperingkat mulai 2 November ini.

Daripada jumlah keseluruhan tempat duduk yang ditawarkan, sebanyak 1,520,592 diperuntukkan bagi perkhidmatan ETS, manakala 53,280 lagi bagi ERT.

"Jualan tiket akan dibuka pada jam 12 tengah hari mengikut jadual ditetapkan, iaitu 2 November ini bagi perjalanan Januari hingga Februari 2027, manakala 1 Disember bagi perjalanan Mac 2027.