KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh menggantung atau membatalkan Lesen Barang Kawalan Berjadual (Controlled Schedule Article / CSA) sebuah stesen minyak di Nibong Tebal, Pulau Pinang sekiranya didapati bersalah memanipulasi subsidi Budi Madani.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tindakan itu boleh diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan sekiranya siasatan mengesahkan berlaku kesalahan termasuk memanipulasi rekod yang menjadi tanggungjawab pemegang lesen berkenaan.
Katanya, siasatan sedang dijalankan oleh pelbagai pihak dengan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain turut melibatkan KPDN.
“Di pihak KPDN, sekiranya didapati bersalah nanti, antara tindakan yang boleh k









