KOTA BHARU: Seorang tekong darat warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membawa enam migran tanpa dokumen menggunakan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di Wakaf Che Yeh pada 17 Oktober lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ye Yint Aung, 28, di hadapan Hakim Nik Habri Muhamed.

Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu selepas tertuduh memaklumkan memahami sedikit bahasa berkenaan.

Tertuduh yang memandu SUV Honda HR-V didakwa membawa enam migran semuanya warga Myanmar ke hotel di Jalan Kuala Krai berhampiran Wakaf Che Yeh, kira-kira jam 5 pagi, 17 Oktober lalu.