Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 55 tekong darat termasuk enam wanita yang disyaki menjadi dalang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Kelantan sejak tahun lalu hingga kini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata, daripada jumlah berkenaan, 35 tekong ditahan tahun lalu manakala 20 tekong lagi ditahan tahun ini.

Katanya, tangkapan tekong itu membabitkan 49 lelaki dan enam wanita terdiri daripada penduduk tempatan, warga Thailand, Bangladesh dan Myanmar serta Pakistan.

"Pendekatan PGA kini tidak hanya tertumpu kepada penahanan PATI yang menyusup masuk sebaliknya turut menyasarkan tekong dan rangkaian yang menguruskan kemasukan mereka.