KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street selepas pengumuman pembiayaan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.39 mata atau 0.21 peratus kepada 1,615.24 daripada 1,611.85 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.64 mata kepada 1,614.49.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 251 berbanding 94 manakala 297 kaunter tidak berubah, 2,225 tidak diniagakan dan 104 yang lain digantung.








