Klang: Seorang pekerja sambilan di sebuah kuil haram dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat lalu, atas pertuduhan mengedar 12.8 kilogram (kg) heroin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rahuraman William, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Azilah Mat.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar 12,835 gram (g)
heroin di kuil yang terletak di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, pada 7 malam, 14 Oktober lalu.






