WASHINGTON: Gangguan penghantaran bijirin, tanaman yang terancam akibat cuaca buruk serta kos bahan api dan baja yang tinggi dijangka mendorong kenaikan ketara harga makanan pada 2027, menurut Bank Dunia.

Harga makanan diramalkan meningkat kira-kira 10 peratus tahun ini berbanding 2025, diikuti kenaikan tambahan sebanyak tujuh peratus pada 2027, menurut institusi yang berpangkalan di Washington itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Harga tenaga dijangka meningkat dengan lebih ketara tahun ini, dengan Bank Dunia meramalkan kenaikan hampir satu pertiga berbanding 2025.

Kenaikan mendadak itu sebahagian besarnya berpunca daripada perang yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, yang menyebabkan penghantaran komoditi melalui Selat Hormuz hampir terhenti sepenuhnya.